Thursday, December 30, 2010

yeye..esok cuti..


Piala Suzuki AFF: PM isytihar Jumaat cuti umum

2010/12/30
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA

ni petikan dari Berita Harian Online..
<>
hehe..suka aku..dapatla berehat kat umh..
terima kasih malaysia..

bile dpt tau je sok cuti..
memacam plan dah kat dlm kepala nie..
memang seronok..xsangka pulak dpt cuti..
ape2 pon tahniah kepada pasukan malaysia kerana bermain bersungguh-sungguh..
dan berjuang sehingga berjaya mengalahkan pihak lawan..
aku xsuka tgk bola pon boleh menjerit dan bersemangat nk tgk msia main..
alhamdullillah..akhirnya msia menang selepas menunggu selama 14 tahun sejak piala diperkenalkan pada 1996...syukur..

ish ape plak cite pasal bola nie..
tah pape..hehe..melalut jek..bukan ape..sbb da lama xmenaip kat blog nie..
merapik2 jela..hahha...

sok nk balik kota..nk p amek album kawen..baru siap..
xsabar plak nk tgk..hahaha..camne la rupe..cun ke x..x ke cun..hehehehe..

oklah nk p cau cin cau dulu..daa...

Thursday, December 23, 2010

sakit gigi..

huuhuhu..
sakitnya gigi nie..
berdenyut..denyut..
dari hari tue da aku rasa semacam..
upenya geraham bongsu nk tumbuh..

sakitnya tuhan saja yang tahu..
gg tu tumbuh sikit2..
habis di tangkap semua..kepala..mata..telinga..
aduh..mula nk hangin lau ada benda xkene..
sabo jela..

sakit..sakit..gigi nie..nk makan pon xselera..
korang mesti penah rasa jugak kan..
sakit gigi nie camne..aduh..xtertanggung..

kla..kawan2 doakan ku cepat sembuh ea..
xtahan menanggung kesakitan nk tumbuh gigi nie..
huhuhu...

Wednesday, December 22, 2010

10 Tanda Hamil


Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...Tahniah!

Friday, December 10, 2010

..pengalaman di Nusajaya..

hehe..
hari ini genap 3 hari aku naik keje kat tmpt baru..
okla wat masa nie..
sume benda baru yg aku belaja..
nk cite sikit pengalaman aku kat Nusajaya nie..
best la..
pg td rutin mingguan..mesti ada ngaji..
xkirala..pejabat baru ke lama..
sume sama..mesti ada ngaji setiap hari jumaat..
haa...nk bagitau nie..
hehe..memula balik..aku leh sesat..
pegi keje pandai..
balik xpandai..tersesat sampai ke Gelang Patah..
sib baikla aku tau jalan kat sana..
sampai umh kol 6 lebih..adoi..jauh tu lalu sana..
erm..bagi yg nk elak kene tol..boleh la lalu sana..
aku..malas la..baik bayar je tol..
dari nk kene byr minyak sbb jauh..ag rugi..
minyak pon naik aku rasa..
xpela..bersusah2 dahulu..bersenang2 kemudian..
tok hari ke2 semalam tu pon sama..
aku tersesat..tp sib baik dapat diselamatkan..
jumpe highway balik..hehe..
balik lalu tol jgk..alhamdullillah..
so hari ini aku xtau lagi camne..hehe..
tunggu dan tgk jela nnt..
oklah nk ngemas2 tok balik umah nie..
doakan keselamatanku ea..
malam ni nk p membeli belah..
jom ke angsana..hehe..
daa..

Sunday, December 5, 2010

lambat tol line kat sini..

huhuhu..
busan tol la..
line kat sini gile la..
lembab tol..bikin hati panasz jek..

rindu nk post kat sini..tp line lak wat hal..
huhuhu..
sok ak cuti ag..
nk ucp salam maal hijrah tok sume kawan2..